Saturday 28 January 2012

untuk mulut org yg busuk!

siapa yg doakan.
me and dodo.
kejap je.
cakap 'rebound la'
cakap first love la xkan tahan.
cakap time kolej je couple la.
cakap kitorang main2 je.
cakap macam2.
terima kasih.
sila buang bad perception korang tu.
walaupun x kawen lagi.
but kitorang dah 3 1/2 years together.
hope it will last forever.
insyaAllah.

enjoy this video!

why oh why?

why oh why.
keje yg tak nak la yg dpat.
***bank.
financial exec.
jual insurance.
wth?
i dont want?
mengada??
yes i know.
duduk la kat i.
u will feel the same.
disappointed.
i thought it will be consumer sales exec.
selling housing loan.
but its the other way round.
'ari tu awak apply CSE kan tp dorg bg FE'
pening.

dugaan betul. :((

Sunday 22 January 2012

pramugari koma

Pramugari koma di tanah suci...MESTI BACA


Untuk renungan bersama ......


Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.


Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.


Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.


Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.


Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.


Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.


Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.


Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.


"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.


Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.


Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.


Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.


Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.


Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.


Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.


Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.


Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.


Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.


Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.


Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.


Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.


Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.


Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.


Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.


Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??


Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"


“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."


"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.


Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.


Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.


Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.


Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.


Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.


"Habis yang puan pergi haji ini?"


"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."


"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.


Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,


"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.


"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.


"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.


Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.


Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."


"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.


Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."


Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.


Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.


Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.


Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,


"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.


Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."


Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.


Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.


Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.


"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.


Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.


Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.


"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.


Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.


Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.


Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.


Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.


Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.


Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."


Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.


"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.


Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.


Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.


Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."


Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.


Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.


Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.


"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.


Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.


Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.


Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.


"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.


"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."


Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.


Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.


Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.


"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."


Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.


Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.


Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.


Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."


"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.


Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."


"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.


Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.


Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."


Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.


Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?


Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?


Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?


Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?


Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.


REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN


WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI


" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."




source : facebook

Saturday 21 January 2012

kereta murah wooo

atas permintaan kawanku.
sesiapa yg ada nak beli kereta baru.
local or from over the sea kan.
boleh kontek my friend.
nadia ismail shah name facebook die.

haa ni si kecik molek my bestie sorg g.

so nak kereta baru.
murah?
harga sgt berpatutan?
servis tiptop?
boleh la kontek sy di blog.
or add die.
nadia ismail shah die facebook.

mekaseh. 
meh support kwn sy.
xoxo love u all.

halal

ni rasenye related dgn post cik awin kite.
yg ni klik ni.


mmg sgt byk premis gne logo palsu.
yg bestnye.
tgk yg sorg tu.
ade tanda halal.
tp served pork.
tuh yg kite tak nak.
takutnye skang.
was was tu leh bertambah.
makin kurus la aku cmni.
erk?
ok tu tipu.
haha.
just careful ye all muslims.
sbb tu jadi darah daging kite smpai turun temurun huhu
:)

love u all.
xoxo

pernah tak korang................

- pernah tak korang...time bunyi bising2 cam bunyi enjin lori ke treler ke or bunyi kapal terbang ke..korang amek kesempatan buang angin aka kentut?? cube bayangkan mmg nak buang angin tetibe lori matikan enjin die then keliling korang ramai org. pernahkah?

- pernah tak korang...rase nak undi parti bebas yg ado nenek sorang tu? 

- pernah tak korang...gelak galak sgt smpai tersembur org dpan korang or terbuang angin buat org lg smbung gelak or gelak galak sgt smpai buat bunyi oink oink....

- pernah tak korang...tengok2 cermin betul2kan rmbut..betulkan tudung... pastu tetibe senyum igt plg lawa sgt korang tu??

- pernah tak korang...mase skolah ke...kolej ke..uni ke...keje ke...korang kawan2 satu gang tak tau sgt nak amek gmbar pe bersama...msti tertimbul idea amek gmbar jari ler..kaki ler...upload kt fb...teka kaki or tgn sape....bile 10 tahun kemudian..tgk balik..rase gmbar2 tuh bukan korang rindu tapi rase cam hidup xtentu sbb ape motif amek gmbar begitu?? (aku pon sallu amek gmbar cmtu ngn kengkawan haha). padahal tgk kaki xdo la tingat kenangan sgt..

- pernah tak korang...makan pisang goreng...or makan keropok moni...tapi korang tak hupload pon kt fb...tapi bile mkn ferrero rocher...makan dekat hotel ke..secret recipe ke...makan dekat klcc ke...bukan takat korang hupload...korang siap check in dekat klcc...padahal jmpe dekat park je tewwww...

- pernah tak korang...msg laki korang...kata...ko jangan tepon aku lagi...kite putus...ko ceraikan aku...aku leh hidup sorang2 kt dunia ni xdo ko lg sonang hidup...korang msg kata...kalo xde depan umah skng...aku bunuh diri...hakikatnye...xde pon bunuh diri...korang lagi giat tepon laki korang kata 'aku bunuh diri betul2 ni'...last2 end up...nangis...tido selepas kol 10 kali tepon laki tu tp laki tu xangkat dah sbb laki tu pon tertido...

- pernah tak korang...rase da ade beskal tu plg hebat la...da ade beskal tu rase plg nak konvoi la ngn kengkawan...padahal g 7e je...dengan smua lepas tgn pastu race beskal mcm kat le tour de langkawi??..zzzzzzzzz

- pernah tak korang...kene kejar ngn 5-6 ekor hanjing..padahal naik beskal pastu anjing tu lagi laju dr kite...padahal ngn member duk race...kene kejar anjing smpai jerit2...da masuk umah lega sgt...upenye customer kt umah acik sebelah tgk kite............pfft malu beb....

- pernah tak korang...masuk pertandingan syair kat sekolah...or sajak mase darjah 5...dah la mmg suara x sedap ade hati nak masukkk..time pertandingan hilang lak suara...pastu satu sekolah start ejek...dah tu muke ala2 same ngn kakak korang...pastu org silap ejek...terejek kakak korang...pastu kakak korang marah budak tu smpai pindah skolah dgn satu ayat je 'kalau ko dtg skolah lagi esok aku bawak bapak aku'...@_@ terus pindah skolah smpai aku jmpe balik time form  4 kot ahahaah (ini cite realiti aku hhahaa)

- pernah tak korang...tak suke lagu tu...tapi lagu tuh yg korang terhafal???

- pernah tak korang...percaye org tu...tapi org tu la org plg x percaye???

- pernah tak korang...tgk org Islam kata makan khinzir tuh haram...tapi bile bab arak...takdo lak cakap haram....

-pernah tak korang...tgk pmpuan bertudung..duk ngn anak2 lagi...tapi merokok...*shameshame*

huuu. cukup setakat ni je la merepek di malam hari.
ade stgh terkene diri aku.
stgh random je.
hehe
love u all.
xoxo

Wednesday 18 January 2012

maaf maaf maaf.

maap. maap. maap. (edisi nabil)
especially to awin and linda yg komen.
org terlupe.
org buat komen tu kene approve dlu.
hahahhhhhahahahaha.
patut la pon tgk smpai hati xde org komen.
upenye padan muke tak hingat.
pembaca setia ea korang dekat blog x sebape ni.

mekasehhhhh yaaaaa.
maap.
pasni x buat lagi.
dah jadikan nyawa baru.
ngn blog muka baru.
and dah di open balik.

so harap yg x suke.
just berambus.
jgn nak buat cite.
jgn xtau malu x suke aku tapi ade hati nak bace blog aku.
rindu letttttttewwwww.

hehe.
maap again.

ni tuk korang.
thank u tok smua yg still setia bace ulat ke butterfly.

love u all.
xoxo.


Tuesday 17 January 2012

padah carelessssss!!!!!!!!!!!!!!!!

22 september 2011.
hari malang.
interview rhb bank.
pagi2 datang awal gile.
ditemani abah.
igatkan abah drop kan.
balik naik taxi.

rupenye.
abah parking situ.
abah suh kwn die amek.
kenape abah buat cmtuh??

sbb abah takut org drive taxi tu indon.
takut die apa2kan.
syg gak abah kan :D
but.
time tu x standby gps.
mmg FAIL jalan KL taw.

mule2 smpai.
die suh amek online test.
yg sumpah susah.
then.
da amek dlm one hour.
suruh break like 3 hours!!
mmg datang situ untuk break 3 jam!!

agaknye 3 jam tu dah leh habis smua org interview.
management sgt teruk.
then.
interview start mcm 2.30pm.
2.00 kmpul balik.
and guess what.
3 org tgh interview in one time.
then fire alarm bunyi.
nmpak bomba lari2.
and kene turun dari level 7.
pakai heels.
urghhhhh!

30minutes cmtu kat bawah.
kat tengah panas.
pekerja2 byk g minum lepak2.
blurghhh.
then naik balik.
at 4.30 baru my turn.
itupun ramai g tunggu.
at 5pm.
balik umah.

abah angkat wiper kat parking tu.
pastu sbb hujan lebat.
keta mmg betul2 dekat lecak. (tmpat parking nak murah. hamekkaw tmpat cam ape)
kene angkt kaki suar.
berdiri skit kat tepi. (tmpat tutup pintu keta tu)
oh ade handbag.
campak handbag ke dalam.
then naikkan wiper.
so handbag dgn carelessnye
letak kat passenger punye tmpt.
pastu. abah tepon.
yeah right. 
letak phone dlm handbag balik. (time tu tgh drive lg)
still lalai.
xsmpat uruskan diri dah jalan sape suh. (sbb penat sgt3 tau mmg nk balik je)

takde gps.
jalan terdekat.
lalu maju expressway. (dah termasuk pon).
jalan paling sy tau. 
ialah.
bukit jalil.
kompleks sukan negara.
ok masuk2.
Alhamdulillah mak tepon nak makan ape.
dgn sngnye amek hp dlm handbag.
lepas ckp ngn mak letak hp kat tepi kanan.
tgh betulkan aircond kanan.

pusing2 nmpak kaca tingkap pecah arah sy.
ade org smash tgkap kiri.
nmpak kulit gelap.
time tu x nangis lagi.
tgk2 handbag dah kene amek.
pastu time tu mmg traffic light merah depan technology park malaysia (tpm)
mmg keta sgt padat.
then byk moto2 lain blkg moto tuh.
sekadar TENGOK SAHAJA tingkap pecah.
dorg tgk muke sy.
and BLAH cmtuh je.

pastu baru start meraung.
yg mcm baby.
tapi x kuar air mata.
ala2 nangis tipu.
then tepon abah.
LUCKILY MAK TEPON TADI AND LETAK HANDPHONE KAT TEPI.
KALAU TAK  HANDPHONE BODOH C3 PON DA KENE AMEK.
time tepon abah.
abah cam tak paham cakap ape.
sbb smbil meraung.
abah suruh benti pape sbb time tu dah green light.
then i just stopped by after traffic light.
abah called mak.
and mak called me.
Alhamdulillah hp ade kat tgn.

mak just said jgn nangis.
calm down.
jgn benti.
just jalan je and benti dkat petrol station.
sbb mak takut org lain amek kesempatan.
then i saw some motorcycles cam nak get near.
then i just drove to the petrol station like what my mom told me.

okay.
now i should call sape.
as the road that i will use msti gne toll.
sbb sy xtau jalan dlam.
duit dah xde.
abah mmg xtggalkan duit dlm keta.
and abah outstation.
who should i call?
yes my big brother, kamal.
luckily time tu die dah hbis keje but still dekat office.
and my sister, fina and mak keep calling me.
they told me just to stay calm.

mmg sgt scary and trauma.
time nak g petrol station pon bunyik crack2 cermin pecah2 skit.
terus igt ade org nak pcahkan lagi.
and nangis lagi :(.

kt petrol station just 2-3 org je concerned tye knape.
jmpe b.polis bergerak dorg offer nk bwk g balai.
but i just wait for brother.
still trauma mase kat petrol pump.
betul2 park dpan kaunter. and lock my door.
huhu

this is my abah's grand livina.

smntara tunggu my bro and sis in law.
pikir2 balik.
nangis balik.
sbb pikirkan ape ade dlm bag tu.
even bag tu pon my fav bag.
my bf bg surprise.
river island.



and dlm bag tu.
ade my blazer satu suit ngn suar.
beli kat uk gak (kat msia susah nak dpat size+murah :'( )
suar jeans DP.
two natwest visa bankcards.
cimb, bank islam bankcard.
duit tak banyak like rm100 only.
yg penting my SAMSUNG GALAXY TAB :(((((((((((((((((
tuh terdetik je rase nak nangis.
nasib hp nokia c3 yg konon2 ala hp bodoh2 tu xkene curik.
dah bkan hp bodoh2 dah. jadi hp kesygan huhu.
and one more. ALL MY ACEDEMIC CERTS.
URGHHHHHHHHH!! 
SPM, DEGREE TRANSCRIPTS, HND TRANSCRIPTS, PMR, RESUME.
AISH.

tgh2 sedih ni.
ade bazli and penga call.
i called lyna and ijah and all my family.
thank u to all of them.

and tgh2 sedih gak tetibe number xdikenali call.
guess what???
ade org telepon.
kata jmpe my file of all my certs kat tepi jalan.
org bujang naik keta ngn kengkawan.
konon2 menggatal nak tgk.
kebetulan die tgh benti kt traffic light tu!
Alhamdulillah.
orgnye balik.
kacak pulak tuh.
die dtg all the way from serdang nak hntr naik moto.
tkar naik moto semata2 nak hntr.
die xnak duit.
Alhamdulillah dpt jmpe blik.
leceh gak nak g skolah. kementerian smua kan.
smoga Allah je balas budi baik org tuh.

and Kamal and kak Nadia pon da smpai.
mintak dorg duit nak bg org tu.
mmg org tu xnak.

pastu dorg da smpai.
kamal drive livina.
and kak nadia drive keta kamal.
before that kene g tandas dlu.
ade kaca masuk dalam suar! sakit hati!

buat police report and balik.
abah x jadi outstation.
mlm tu gak abah balik.

then da balik umah.
paan (my fren from KPM) called me.
die ckp ade makcik from cheras jmpe my bag.
dlm purse ade namecard paan. thats why die dpt called paan.
Alhamdulillah anak die jmpe my handbag.

esoknye g cheras ngn abah.
jmpe makcik hayati.
sgt baik.
sgt peramah.
petang tu kebetulan anak die and suami die.
exercise blakang umah tp bahagian dlm.
and nampak org geledah handbag.
yg plg best anak die ckp
'die amek galaxy tab cam adik pye'
:((
luckily.
handbag river island.
purse jane norman.
bankcards yg takde sen hehe.
uk visa bankcards yg ade 600pounds yg book hotel smua.
insurance prudential card.
dijumpai.

jumlah kerugian.
galaxy tab - £300 = rm1500
jeans DP - £10 = rm50
duit - rm100
blazer - £14 = rm70
cermin keta abah nasib cover insurance.
bayar labour je around rm200.
around rm1920 kerugian.

yg pelik die xamek bankcards.
xjual myhandbag.
igt ade laptop kot dlm beg ni.
 kerugian yg plg besar.
SAYE TRAUMA BILE MOTOR LALU SEBELAH KETA.
penah motor terlanggar side mirror skit.
dah nangis.
mmg cengeng hahaha.

ape2pun.
anak puan hayati yg jmpe bag tu.
dpt amek gmbar org tu tgh geledah.
die amek gmbr gne glaxy tab juge :S

gmbar telah dizoom utk rahsiakan lokasi umah ni.
gmbar telah diberikan kepada pihak polis.
indian ke melayu ke indon ke.
xpasti sgt.
yg pasti bukan chinese.
as cpat je moto tu lalu.
xnmpak org tu sgt.
and mmg xde number plat.
haish.

sorry kesah panjang lebar.
selama ni mmg sgt berhati2 dgn handbag and motor.
sbb mak pnah hampir kene ragut dpn umah.
and maid penah kene seret org nak amek rantai die belakang umah.
tapi bile dah careless.
and bile dah nak jadi.
akan jadi lah benda tu.

careless skit sbb penat.
boleh hampir cabut nyawa kita.
one more.
jadi la warga prihatin.
maybe xhalang peragut tu pon.
maybe boleh amek details psal moto tu org figure org tu.
maybe akan membantu.
and one more.
time tuh kalo mcm2 org rase was2.
tgk mcm sbnrnye xleh membantu.
baik pergi tmpat ramai org.
so xd la org amek kesempatan.
such tow truck.
atau tkut nak samun keta terus.
so hati2 ye.
padah kalau kite careless!!
love u all.
sorry pnjg sgt.
xoxo


p/s : thank you to Allah, mak n abah n fina. and the most important yg byk membantu. kamal and kak nadia yg penat2 kene rushing to bukit jalil. thanks to puan yg jmpe handbag and family. thanks abg ensem jmpe sijil. thank u my family, siblings, relatives, frens (especially d0d0, penga , bali, lyna, linda),

Thursday 12 January 2012

tak dapat makan nasi!

hari ni hari maid cuci toilet.
so die masak lmbat skit.
mmg dari malam tadi lapor.
ingat bangun nak makan.
tapi.
di sebabkan bangun lambat.
mee goreng untuk breakfast je ade.
hari khamis mmg maid msak lambat.
silap sndiri.
kalo bangun kan dah boleh beli

(source 360celcius.com)
nasi lemak. tapi xske telur goyang2 tu haha

(malaysianinsider.com)
nasi kerabut ayam percik perghhh

(aftergiovanni blogspot)
nasi dagang

tekak melayu.
mesti nak carik nasi.
ni tak dapat makan nasi.
rase nak marah.
sebab tak kenyang.
waaaaaaaaaaaaa.
pdan muke dekat diri sendiri.
bangun lambat.
sape suh xbeli makan kt luar tadi pagi!
kene tggu dinner plak la. huuuuuuu

p/s : bile carik lemak. kuar la nasi lemak 2.0. gmbar namawee. sakit mata.

xoxo love u all.

Tuesday 10 January 2012

tertinggal 4 musim

tertinggal 2011. first time main rugby touch *im not in the photo.* hehe thank u dodo ajar main rugby touch at least we got something. xde la bosan sgt.

*click to enlarge pls*
and ini la yg paling saye rase merasa seumur hidup skali je for me. mengalami 4 musim. and the best was spring. banyak sgt bunga. tak lpe juga waktu snow yg membuatkn saya teruja. Alhamdulillah 2011 menyaksikan semua ni. hope i can be in all 4 seasons again. insyaAllah.

setakat ni je yg boleh share. mekaseh kepada model2 ku.
hehehee

kenangan terindah

assalamualaikum.

semua early 2012 ni.
smua dok pakat pasang azam baru.
tapi aku bukan nak cite pasai tahun 2012 ni.
tapi nak cite 2011 ni mcm2 dah berlaku!

tahun 2011.

*byk tgk movie and utube haha

* banyak call umah bile berjauhan and byk sgt2 shopping dekat uk for my family and for myself. 

first time pergi cheshire oaks kitorang shopping sakan yaw for winter preparation.

*menari di khalayak rmai!!!!!!!!!!!!! ni smua org mmg x caye sbb aku ni mmg KAKU! maluuuu



* tahun ni gak paling banyak saye buat online shopping! hehe cotton traders, ebay, argos, harrods burton, peacock, buku pon shopping online taw  and macam2 lagi la. xleh list byk2. nnti org kata BeLagak hahaaha

*tahun ni gak saye banyak berjalan kaki! and bertambah sakit bile bawak 10 buah buku teks! hahaa guess what kat UK x naik berat. but smpai malaysia sumpah naik 7 kilos! :((((((((((((

* saye banyak dengar cite pasal saka, hantu, setan and jin! huhuhu and kat tmpat kitorang duk kat wrexham. hantu die satu family taw!!!

* tahun ni paling byk kali saya memasak! yeahhhhh!! bleh kawen dah! hahaha this is my popular dish. poyo tak heehhe.



*banyak gak kenal org macam rupe...dari macam2 negara and macam2 negara. experience yg plg xdapat dilupakan!! yg plg best. our bestie. emma luscombe and anak die jacob hehe :))

taaadaaaa jellie! <3

*aku banyak jejalan. west bromwich, wolverhampton, oxford, birmingham  ( semua dalam satu malam pastu dah xlarat g swansea haha), snowdonia, stonehenge, london, manchester, madrid, rome, sabah again. aduyai lepas ni JIMAT. takde duit.

* abg aku kawen bulan april  mase Easter break smpat aku balik 2 minggu.



* and x lupe jugak my best friend engaged! hugsss

congrats teha si mahyun!

*final semster for my hons programme. ade yg muntah monggek study operations management. ada yg buat lempeng ngn sambal ikan bilis (yummayh) sbb pnat study. ade yg tukang makan je. hahaaha

*my big day. graduation day. ALHAMDULILLAH. thank u everyone especially my parents, siblings, family, my dear friends. and bukan je happy sbb graduation but also adik2 dari kpmsi pon ade study kat sane. jmpe dorang mcm rase reunion KPM. hidup KPMSI :)



* tahun 2011 gak bertambah musuh dua orang. hahaha sorang yang laga2 kan orang and another one crik pasai pastu twist2 words pastu dengki ya amat! 

* tahun politik yg banyak berdemo. yg sakit kan mata. yg berpolitik. yg bg opinion. tu xkesah. tapi jgn la smpai sakitkan hati kawan2. tak salahkan jaga hati kawan skit. :)

* owh tahun yg byk sgt nmpak short form. HB la. IMY la. IMYSM la. ARMST (aku rase menyampah sgt taw) hahaha.  grrrrrrrrrrrrrrrr

* mengharungi 9 bulan bersama mereka2 yg tersangat cool. love byk2.



* tahun ni gak nampak banyak kawan2 yg xrapat jadi rapat. my junior kpmsi and also yg same batch yg byk support saye. thank u babes :) 

* digelar MOMMY oleh tharmaruben, danny and simon! haha.

see selalu kene buli taw!!


* yg paling special. ramai kawan2, senior2, junior2, kenalan2 yg bertunang, berkawin and plg seronok skali tengok dorang yg dah ada anak dalam tahun. sorang demi sorang. bertambah rezeki dorang. aminn.

* tahun yg ramai org berpolitik di facebook. bercinta di facebook. menunjuk segala dosa kat facebook. bergado dekat facebook. kutuk mengutuk dekat facebook. tapi facebook tetap jadi pilihan. kenape??? (tanye diri aku sndiri gak hhaaaha)

*first time kene ragut. dipecahkan tingkap. and galaxy tab bnda plg mahal kene curik :( 

gambar peragut selongkar barang aku! bodoh!

*bachelorette party for teha yg da nak kawen bersama KAPAK yg tersayang. mslahnye gmbr takdapat2 lagi ish! love u KAPAK.

saje amek gmbarmahyun masuk stgh haha.


* byk pergi interview but takde luck lagi. :( tapi percaye Tuhan itu maha Adil. insyaAllah ade la rezeki mane2 tu kan kan kan.

*akhir sekali tahun ni aku byk menghabiskn mase membace blog dan berblogging di ulatkebutterfly.blogspot.com

akhir kata. maaf jika ada salah dan silap. kepada smua pihak.
harap yg tak suke aku ni.
just jauhkan diri dari aku 
so sesama tak tambah dosa.

yg support aku.
especially my sister fina and piah.
my family , my life :)

and friends (byk sgt nak sebut)
thank u very much.

xoxo
i love u all la. 

Monday 9 January 2012

open to public??

rasenye cam nak open to public balik.
boleh tak.
musuh ade nak amek kesah lg rasenye.
hurmmmm

pnat pikirkan org ni. aduyaii

dalam hati aku ada apa aku cakap!


siang malam kira duit jadi hobi.
bangun pagi sampai lupa gosok gigi
patut lah mulut bau ikan basi.
badan pun dah cam GERGASI.
duduk umah je.
xde keje :(
saye bakal buat video klip cmni la.
aduyai.
:(

Sunday 8 January 2012

rase nak cubit!

sila tengok sampai habis!
bukan main kan cara die cakap.
rase nak cubit pipi tuh.



geram u!!

Friday 6 January 2012

im blessed....................

hello.
Alhamdulillah dah sehat skit.

apepun.
after 6 days.
now let me welcome you 2012.
;)


1st January adalah tarikh atok meninggal dulu.
so selalunye mmg 1st jan
akan buat tahlil.
Al-fatihah untuk arwah atok.

so this year.
after 31dec pas magrib.
kitorang as usual.
pergi umah pakcu.
for tahlil and anak pakcu khatam Al-Quran.
Alhamdulillah semuanya selesai.

then. at night.
as what been organized by my sis in law, kak nadia.
kitorang ade movie partayyy.
fireworks??
boringggggg.
haha
dengar bunyi je. malas nak jengah.

okay kitorang tgk dua movie.
first. 
cerita dream house.
second.
the ward.
okay dua2 cerita psycho.
sile tengok ye!!
sangat best.



ni trailer die.
psycho but sedih :(
huhu

and that night.
bukan je tgk movie.
msti la ade snacks kan.
provided by kak nadia.
yipppieeeee.
see. very the colorful kan. polka dot apam and cheese tart by my sis punye bestfren. *search Yabedabedoo Homemade kt fb* kitorang customer tetap die for the tarts!. ade snacks and drinks. 

thats my version of new year.
with my family.
my siblings.
my 2 cousins.
oh, lagi satu.
on the day of 1st jan itself.
lunch.
makan sushi king with my siblings and my best cousie, ijah.
dibelanja oleh my sis yg baru gaji. thank u piah!

and at night.
my big bro punye turn lak belanje.
makan dekat muara ikan bakar.
pfftt nasib booked in advance.
ramai babe.
but sedap.
and cam paling best.
its like family gathering.
smua ada!
sangat suka.
thank u kamal n kak nadia ;)

I am so blessed to have the most fantastic family.
thank u Allah.
Alhamdulillah.


*abaikan perut buncit saya*
love you all.
xoxo