Friday 8 June 2012

cikgu, tolong check

setelah sekian lama.
siap jugak karangan mara yang mara suruh buat.
tajuk dia karangan perihal diri, pendidikan dan rancangan kerjaya.
time ni la nak hentam.
nak upkan diri.
haahahahaa
mari cikgu2 check berape banyak kesalahan saya.
tkyah check. da tentu byk hahaaha.
untuk panduan sape2 nak buat karangan mara pon leh gak.
sebab sy pon amek contoh dr website.
in return.saya bg utk panduan org lain jugak :)


Saya Shahidah Binti Ahmad Suhaimi, berumur 24 tahun dan dilahirkan pada 26 September  1988. Saya dilahirkan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur namun saya menetap di Kelana Jaya sejak saya kecil. Saya merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik yang masing – masing ada yang bekerja dan ada yang masih bersekolah lagi.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Petaling Jaya dari tahun 1995 sehingga tamatnya darjah 6 pada tahun 2001 dengan memperolehi keputusan 4A dalam peperiksaan UPSR. Kemudian, saya telah menyambung pelajaran saya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata, Petaling Jaya dari tahun 2001 sehingga tamatnya Tingkatan 5 pada tahun 2005. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya adalah kurang memuaskan dengan mendapat 1A tetapi saya masih lagi diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma.

Pada Julai 2006, saya telah berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Profesional Mara Seri Iskandar, Bota, Perak dalam program ‘Higher National Diploma in Business and Marketing’ dengan kerjasama EDEXCEL United Kingdom. Minat saya yang mendalam dalam dunia perniagaan dipupuk dengan secara meluas semasa saya belajar di kolej ini. Penilaian yang dibuat oleh pensyarah bukan sahaja merangkumi penilaian teori tetapi penilaian secara praktikal dengan memberi tugas – tugas yang mempunyai kelainan seperti menjalankan perniagaan dan menganjurkan festival kecil – kecilan untuk dinilai dalam salah satu subjek yang diajar. Pelbagai subjek yang dipelajari dapat membantu saya untuk meningkatkan tahap komunikasi dan juga menilai kemahiran saya dalam membuat pembentangan di hadapan rakan – rakan kelas dan juga pensyarah – pensyarah. Ini dapat membantu saya untuk berhadapan dengan masyarakat luar dan juga sewaktu menghadiri temuduga. Selain itu, saya juga mempelajari kemahiran berkaitan perisian komputer selaras dengan teknologi masa kini.

Setelah menamatkan pengajian diperingkat diploma dengan memperoleh CGPA 3.31, saya telah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di Glyndwr University, United Kingdom selama setahun untuk kemasukan tahun akhir dalam Ijazah Pengurusan Perniagaan. Di sana, saya telah didedahkan dengan pelbagai budaya terutamanya di kalangan rakan sekelas  yang terdiri daripada warga Perancis, England, Korea dan lain – lain. Tambahan pula bahasa komunikasi kami adalah bahasa Inggeris. Lantaran itu, ia dapat meningkatkan tahap komunikasi saya dalam berbahasa Inggeris.  Saya juga amat tertarik dengan cara pembelajaran di sana apabila melihat para pensyarah amat mengambil berat terhadap pelajar-pelajar mereka jika mempunyai masalah di dalam pembelajaran terutamanya dari segi kekangan bahasa. Pada mulanya, agak sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran di sana, tetapi dengan berkat dorongan ibu bapa, pensyarah – pensyarah dan rakan – rakan, saya telah berjaya mendapatkan segulung ijazah pada Oktober 2011 dengan keputusan kelas kedua tertinggi.







Dengan bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak MARA, saya berharap agar impian saya bagi mencurahkan bakti sebagai pendidik di tanah air tercinta akan terlaksana apabila saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Master in Business Administration (MBA) di Cardiff University, United Kingdom. Saya ingin menjadi seorang pendidik dengan memohon untuk menjadi pensyarah di institusi – institusi pengajian tinggi di Malaysia. Menjadi seorang pensyarah dalam bidang perniagaan adalah sesuatu yang menarik bagi saya kerana di bidang perniagaan, pelbagai teknik bukan sahaja secara teori bahkan secara praktikal dapat menarik dan memberi kefahaman yang mudah kepada pelajar – pelajar. Bagi saya, sikap professional dan integrasi melahirkan seorang yang berjiwa pendidik dan itulah yang saya akan tonjolkan dalam diri saya untuk melahirkan acuan yang penuh dengan ilmu perniagaan bagi mentransformasi dan juga memajukan Malaysia, negara kita yang di cintai sejajar dengan perubahan yang di bawa oleh kerajaan kearah menjadikan Malaysia Negara maju menjelang tahun 2020.

Sekian sahaja tentang perihal diri saya, pengajian saya dan juga rancangan kerjaya yang saya ingin lakukan setelah tamat pengajian.


okay sila gelak. hahaa
kalo xdapat sbb karangan.
padan muke.
ahhaa

6 comments:

  1. kakak, cmne kakak dapat scholarship MARA untuk smbg buat degree? pointer kne 4.0 k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mase degree...tak dapat pon mara...mase nak smbung masters ni baru dpt...kalo result 3.5 ke atas..try je mintak...:)

      Delete
  2. Assalamualaikum akk,nak tanya...klau cgpa kita 3.5 ke atas confirm dapat sambung degree kat uk ke(untuk kos hnd bmk)???

    Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama sape ye? selalu MARA akan hntr the highest pointer tuk batch tu. kalo 3.5 try mintak mara direct or tye lecturer. insyaAllah leh dpt kot. hihi.

      Delete
  3. akak ini utk dip pon boleh kan? tp mcm mana nk luaskan pasal time belajar kita yer?? mklom la budak baru belajar. satu pun tak taw. hihihi

    ReplyDelete