setelah sekian lama.
siap jugak karangan mara yang mara suruh buat.
tajuk dia karangan perihal diri, pendidikan dan rancangan kerjaya.
time ni la nak hentam.
nak upkan diri.
haahahahaa
mari cikgu2 check berape banyak kesalahan saya.
tkyah check. da tentu byk hahaaha.
untuk panduan sape2 nak buat karangan mara pon leh gak.
sebab sy pon amek contoh dr website.
in return.saya bg utk panduan org lain jugak :)
Saya
Shahidah Binti Ahmad Suhaimi, berumur 24 tahun dan dilahirkan pada 26
September 1988. Saya dilahirkan di Taman
Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur namun saya menetap di Kelana Jaya sejak saya
kecil. Saya merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik yang masing
– masing ada yang bekerja dan ada yang masih bersekolah lagi.
Saya
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Petaling Jaya dari
tahun 1995 sehingga tamatnya darjah 6 pada tahun 2001 dengan memperolehi
keputusan 4A dalam peperiksaan UPSR. Kemudian, saya telah menyambung pelajaran
saya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata, Petaling Jaya dari tahun 2001
sehingga tamatnya Tingkatan 5 pada tahun 2005. Keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) saya adalah kurang memuaskan dengan mendapat 1A tetapi saya
masih lagi diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma.
Pada
Julai 2006, saya telah berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Profesional Mara
Seri Iskandar, Bota, Perak dalam program ‘Higher National Diploma in Business
and Marketing’ dengan kerjasama EDEXCEL United Kingdom. Minat saya yang
mendalam dalam dunia perniagaan dipupuk dengan secara meluas semasa saya
belajar di kolej ini. Penilaian yang dibuat oleh pensyarah bukan sahaja
merangkumi penilaian teori tetapi penilaian secara praktikal dengan memberi
tugas – tugas yang mempunyai kelainan seperti menjalankan perniagaan dan
menganjurkan festival kecil – kecilan untuk dinilai dalam salah satu subjek
yang diajar. Pelbagai subjek yang dipelajari dapat membantu saya untuk
meningkatkan tahap komunikasi dan juga menilai kemahiran saya dalam membuat
pembentangan di hadapan rakan – rakan kelas dan juga pensyarah – pensyarah. Ini
dapat membantu saya untuk berhadapan dengan masyarakat luar dan juga sewaktu
menghadiri temuduga. Selain itu, saya juga mempelajari kemahiran berkaitan
perisian komputer selaras dengan teknologi masa kini.
Setelah
menamatkan pengajian diperingkat diploma dengan memperoleh CGPA 3.31, saya
telah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di Glyndwr University,
United Kingdom selama setahun untuk kemasukan tahun akhir dalam Ijazah Pengurusan
Perniagaan. Di sana, saya telah didedahkan dengan pelbagai budaya terutamanya
di kalangan rakan sekelas yang terdiri
daripada warga Perancis, England, Korea dan lain – lain. Tambahan pula bahasa
komunikasi kami adalah bahasa Inggeris. Lantaran itu, ia dapat meningkatkan
tahap komunikasi saya dalam berbahasa Inggeris.
Saya juga amat tertarik dengan cara pembelajaran di sana apabila melihat
para pensyarah amat mengambil berat terhadap pelajar-pelajar mereka jika
mempunyai masalah di dalam pembelajaran terutamanya dari segi kekangan bahasa.
Pada mulanya, agak sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan
persekitaran di sana, tetapi dengan berkat dorongan ibu bapa, pensyarah –
pensyarah dan rakan – rakan, saya telah berjaya mendapatkan segulung ijazah
pada Oktober 2011 dengan keputusan kelas kedua tertinggi.
Dengan
bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak MARA, saya berharap agar impian saya
bagi mencurahkan bakti sebagai pendidik di tanah air tercinta akan terlaksana
apabila saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Master in Business
Administration (MBA) di Cardiff University, United Kingdom. Saya ingin menjadi
seorang pendidik dengan memohon untuk menjadi pensyarah di institusi –
institusi pengajian tinggi di Malaysia. Menjadi seorang pensyarah dalam bidang
perniagaan adalah sesuatu yang menarik bagi saya kerana di bidang perniagaan,
pelbagai teknik bukan sahaja secara teori bahkan secara praktikal dapat menarik
dan memberi kefahaman yang mudah kepada pelajar – pelajar. Bagi saya, sikap
professional dan integrasi melahirkan seorang yang berjiwa pendidik dan itulah
yang saya akan tonjolkan dalam diri saya untuk melahirkan acuan yang penuh
dengan ilmu perniagaan bagi mentransformasi dan juga memajukan Malaysia, negara
kita yang di cintai sejajar dengan perubahan yang di bawa oleh kerajaan kearah
menjadikan Malaysia Negara maju menjelang tahun 2020.
Sekian
sahaja tentang perihal diri saya, pengajian saya dan juga rancangan kerjaya
yang saya ingin lakukan setelah tamat pengajian.
okay sila gelak. hahaa
kalo xdapat sbb karangan.
padan muke.
ahhaa